top of page

Ucapan Ramadhan 1441H

Assalamualaikum semua, Selamat menyambut ketibaan Ramadhan. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah Maha Mengasihani. Alhamdulillah kita sama sama memanjatkan kesyukuran tiada terhingga kepada Allah SWT kerana kita dizinkan Allah untuk bersama dengan Ramadhan 1441H. Sesungguhnya Ramadhan yg kita tunggu tunggu ini adalah peluang yang cukup besar untuk kita berbakti bersyukur kepada Allah. "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari) Marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk berlumba-lumba beribadah kepada Allah. Antaranya; 1. Pastikan solat fardhu dan puasa kita sebaik mungkin 2. Solat sunat terawih jangan ditinggalkan 3. Bacaan Al-Quran setiap hari walaupun satu mukasurat 4. Sunat sunat puasa amalkan seperti bersahur sebelum subuh 5. Cuba bersedekah walaupun sedikit Dan banyak lagi yang kita boleh amalkan. Walaupun Ramadhan kali ini kita berada dalam keadaan berkurung ianya tidak sedikit membantut usaha kita untuk beribadah. Bahkan dalam banyak keadaan , peluang dan masa lebih untuk kita .Tekadkan supaya puasa kita tahun ini sebagai puasa Ramadhan yg terbaik dalam hidup kita. Sama-samalah kita bantu-membantu menghidupkan Ramadhan dalam diri dan keluarga kita insyaAllah. Ucapan ringkas saya kepada semua sempena Ramadhan 1441H.


Hj Tuan Yaacob Tuan Sof

Pengarah Eksekutif Al Amin Edu Oasis


bottom of page