




Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Program Transformasi Komuniti Sri Perlis 2, Datuk Keramat bagi meningkatkan pendapatan perniagaan pada tarikh 20 Mei 2023 di Al Amin Edu Oasis dan 21 Mei 2023 di Balai Raya Kg Pasir Puteh, Kalumpang
Program ini dianjurkan oleh Al Amin Edu Oasis disokong oleh Yayasan Hasanah Kementerian Kewangan Malaysia dengan kerjasama University Malaysia of Computer Science & Engineering, UNIMY , Persatuan Wanita Cakna Komuniti Kuala Lumpur dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Pasir Mukim Kalumpang.Penceramah bagi Modul Keusahawanan: Mindset Change disampaikan oleh Encik Azman Ibrahim dari Irshad HR Consulting Sdn Bhd.
Objektif Modul Keusahawanan adalah untuk memahami konsep dan mentaliti usahawan berjaya dalam konteks industri kecil dan sederhana, memahami kaedah dan pendekatan pengurusan, meningkatkan motivasi diri untuk meningkatkan perniagaan melalui pendekatan strategi perniagaan berdaya maju perniagaan secara sistematik dan mengamalkan kaedah dan pendekatan sistem pengurusan.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta. Ikuti perkembangan kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini
#YayasanHasanah #KementerianKewanganMalaysia #UNIMY #PersatuanWanitaCakna #datukkeramat #kalumpang #csreduoasis #ModulKeusahawanan #alamineduoasis