

Modul Pemasaran Digital : Pengiklanan Media Sosial
Alhamdulillah pada 10 & 11 Jun 2023 (Sabtu & Ahad) telah berlangsung Kursus Pengiklanan Media Sosial bagi Program Tranformasi Komuniti Sri Perlis 2, Datuk Keramat dan Komuniti Kalumpang, Hulu Selangor bagi meningkatkan pendapatan perniagaan.
Program ini dianjurkan oleh Al Amin Edu Oasis disokong oleh Yayasan Hasanah Kementerian Kewangan dengan kerjasama University Malaysia of Computer Science & Engineering, UNIMY , Persatuan Wanita Cakna Komuniti Kuala Lumpur dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Pasir Mukim Kalumpang.
Penceramah bagi Modul Pemasaran Digital: Pengiklanan Media Sosial ialah Encik Harris Hamzah, merupakan Business Development & Marketing. Objektif Modul Pemasaran Digital ini adalah untuk mempelajari penggunaan FB Ads bagi pengiklanan perniagaan di Facebook.
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta. Ikuti perkembangan kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini
#YayasanHasanah #KementerianKewanganMalaysia #UNIMY #PersatuanWanitaCakna #datukkeramat #kalumpang #csreduoasis #ModulPemasaranDigital #alamineduoasis